Berita Sekolah

07-08.08.2013

KARNIVAL KO-KURIKULUM
Pada 7 dan 8 Julai 2013, iaitu hari Ahad dan Isnin telah berlangsungnya Karnival Ko-Kurikulum bagi tahun 2013. Karnival diadakan sekitar SMKAP dengan membawa tema "Ke Arah Kecemerlangan Ko-Akademik". Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menarik minat pelajar. Pelbagai pertandingan juga telah dipertandingkan untuk mengcungkil bakat pelajar seperti syair, sajak, azan, poem, spelling bee, sahibba, kawad kaki, gubahan, dan menebar roti canai. Karnival di akhiri pada 8 Julai dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang menyertai pertandingan yang dipertandingkan sepanjang karnival berlangsung.

04.07.2013

SAMBUTAN HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH
Pada hari Khamis, 4 Julai 2013, di Dewan Gemilang SMKAP telah berlangsungnya Sambutan Hari Koperasi yand dirasmikan oleh tuan pengetua sendiri iaitu Tn. Haji Azilah Bin Ahmad. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, negeri dan sekolah. Bagi melengkapkan sambutan ini, perutusan dari Menteri Pendidikan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Malaysia, serta perutusan dari Yang Dipertua Angkasa telah dibacakan oleh guru-guru terlibat. Bagi menyempurnakan majlis ini, Tn. Haji Azilah selaku pengetua telah melancarkan acara kemuncak iaitu 'Upacara Penanaman Pokok'. Majlis bersurai sekitar pukul 11.00 pagi.

04.07.2013

LAWATAN PELAJAR ASRAMA KE SMA TOK JIRING DAN UMT
Pada hari Khamis, 4 Julai 2013, pihak asrama sekolah telah menganjurkan lawatan ke asrama Sek. Men. Agama Tok Jiring dan Universiti Malaysia Terennganu (UMT) kepada pelajar tingkatan 5 yang tinggal di asrama. Lawatan bertujuan memberi motivasi kepada pelajar dan juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebagai pelajar universiti.

19.06.2013

SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR ASRAMA
Pada hari khamis, 19 Jun 2013, pihak pengurusan asrama bersama sekolah telah meraikan sambutan Hari Lahir bagi pelajar asrama yang dilahirkan dalam bulan Januari hingga Jun. Sambutan itu diadakan di Dewan Makan Asrama SMKAP.

16.05.2013

SAMBUTAN HARI GURU
Pada 16 Mei 2013, hari khamis, SMKAP telah menyambut Hari Guru dengan mengadakan pelbagai acara sukaneka untuk memeriahkan sambutan. Sambutan diadakan di sekitar SMKAP. Sambutan ini adalah acara tahunan bagi menghargai jasa guru menyampaikan ilmu kepada pelajar. Sambutan Hari Guru pada tahun ini membawa tema "Guru Malaysia 1 Aspirasi, 1 Agenda".

12-15.05.2013

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM
Pada 12 hingga 15 Mei 2013 iaitu hari Ahad hingga Rabu, SMKAP telah menghantar pelajar bagi mewakili Kadet Pertahanan Awam untuk menyertai Perkhemahan di peringkat Negeri Terengganu. Perkhemahan yang telah diadakan di Kem Sri Kluang, Besut ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu.

13.04.2013

KURSUS LADAP INTEGRITI
Kursus LADAP pada 13 April 2013, Sabtu kali ini adalah mengenai Pelan Integriti Nasional dan Pembudayaan Integriti dalam Pendidikan. Kursus ini diadakan di Dewan Sri Gemilang SMKAP.

28.04.2013

PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN PENETAPAN TARGET
Pada hari Ahad, 28 April 2013 SMKAP telah mengadakan Program Keibubapaan dan Penetapan Target di Dewan Sri Gemilang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Shabery B, Cheek. Program ini bertujuan merapatkan jurang antara pelajar, guru, dan ibu bapa agar semua pihak dapat bekerjasama dengan baik bagi menjayakan usaha pihak sekolah untuk lebih cemerlang di masa hadapan.

03.04.2013

SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH
Pada hari Rabu, 3 April 2013 SMKAP telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih bagi meraikan kedatangan beberapa orang guru baru dan majlis perpisahan bagi beberapa orang guru yang berpindah ke sekolah lain.

18.02.2013

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
Pada hari Isnin, 18 Februari 2013 SMKAP telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas serta Kepentingan Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2013. Majlis diadakan di Dewan Sri Gemilang dan dirasmikan oleh Inspektor Ramaiah a/l Gunasegaran, Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik IPD Kemaman. Pelantikan ini adalah untuk memberi semangat kepada pelajar yang dilantik agar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi dan tanggungjawab.

04.02.2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pada hari Isnin, 4 Februari 2013, SMKAP telah turut serta dalam perarakan untuk sambutan Maulidur Rasul bagi peringkat daerah. SMKAP telah menghantar 1 pasukan untuk menyertai perarakan tersebut yang diadakan di sekitar bandar Chukai. Tema bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2013 ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

31.01.2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA
Pada hari Khamis, 31 Januari 2013 SMKAP telah mengadakan acara tahunan iaitu Kejohanan Merentas Desa di peringkat sekolah. Semua pelajar terlibat bagi menjayakan kejohanan ini.

Contact Information

Sek Men Keb Ayer Puteh,
24050, Kemaman, Terengganu
Phone: 09-8502671
Fax: 09-8502672
E-mail: smkap@yahoo.com

Posts Baru

SELAMAT HARI RAYA
SMK Ayer Puteh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilftri dan Maaf Zahir Batin. Semoga dirahmati-Nya. SMKAP bercuti dari hari Selasa, 6 Ogos sehingga Khamis, 15 Ogos 2013 bagi meraikan sambutan Aidilfitri.